EKSPRESI!


Tugasan 1: Terima kasih

Kita berjumpa lagi di alam blog. Terima kasih saya ucapkan kepada para pelajar yang telah bertungkus-lumus menghantar komen bagi tugasan pertama. Saya masih dapati bahawa terdapat beberapa komen yang terlalu ringkas tetapi kebanyakannya memenuhi kriteria yang saya tetapkan. Markah anda semua akan diumumkan pada hari Rabu ini.

Salam manis,

Cikgu Rina


Tugasan 1: Cara-cara Menjadi Pelajar Cemerlang

Pelajar yang Cemerlang dalam akademik dan CCAApa khabar pelajar-pelajar yang disayangi? Selamat datang ke lelaman blog ini. Ini merupakan tugasan pertama anda.

Pelajar yang cemerlang tidak dilahirkan begitu sahaja. Tetapi, menjadi pelajar yang cemerlang merupakan impian bagi setiap pelajar (saya harap begitu). Oleh itu, saya minta agar anda memikirkan persoalan yang berikut:

  • Apakah ciri-ciri pelajar yang cemerlang? Berikan dua ciri.
  • Apakah cara-cara untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang? Berikan dua cara.
  • Apakah strategi yang kamu sendiri akan lakukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang?

Tulis pendapat anda berdasarkan soalan-soalan yang diberikan dalam ruangan komen. Tugasan ini perlu dihantarkan kepada Cikgu pada 9 Februari 2009, 5.00 petang.

Kamu harus menulis sekurang-kurangnya antara 100 -150 patah perkataan. Ingat, jangan kurang, jika kurang, markah juga kurang 🙂

Markah penuh ialah 20. 

Selamat Bertugas!


Selamat Datang

SELAMAT DATANG PELAJAR MEN 2!

Lelaman blog ini dibina khas untuk kegunaan pelajar-pelajar Menengah 2. Objektif blog ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah kita dengan pelajaran-pelajaran interaktif. Kami, Cikgu Rina dan Cikgu Nurul berharap agar para pelajar sekalian dapat manfaat daripada kehadiran blog ini. Di sinilah anda boleh mendapatkan nota-nota bahasa serta tugasan. Blog ini juga akan digunakan untuk pelajaran IRP (Akhbar dalam Bilik darjah), iaitu bagi anda sekalian menulis renungan bagi isu-isu semasa yang dipos oleh kami. Akhir sekali, blog ini akan dikendalikan bersama oleh sekumpulan pelajar Men 2 sebagai wartawan blog. Mereka akan mengirim artikel-artikel menarik bagi tatapan semua pelajar.

Salam hormat!